










Hebahan
Bengkel Modul SMILED
YADIM Research Management Centre (YRMC) melalui Kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Penyediaan Modul Bagi Kegunaan Fasa ke-2 iaitu Bengkel Training of Trainers (TOT) dan Fasa ke-3 Lapangan Masyarakat; Solusi Kesihatan Mental Daripada Perspektif Dakwah (SMILED) 2024 pada 20 Ogos di Bilik Latihan YADIM.
Bengkel ini dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj. Objektif garis panduan modul ini adalah untuk menghasilkan modul panduan bagi melatih para pendakwah yang akan membantu masyarakat membendung isu kesihatan mental.
Turut hadir ialah pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) Dr. Norli Abdul Jabbar (Ketua Penolong Pengarah Kanan) dan Dr. Zarina Mohamad Esman (Ketua Penolong Pengarah Kanan), Prof. Madya Dr. Ratna Roshida Ab. Razak, Pensyarah (Pengajian Ketamadunan dan Psikologi Kemanusiaan) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Suhaizam Sulaiman.
Perbincangan meliputi tiga objektif keseluruhan SMILED iaitu kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, meningkatkan kefahaman tentang solusi penyakit mental dari perspektif Islam dan menyebarluas kefahaman serta solusi yang ada agar dapat diaplikasikan oleh masyarakat umum diluar sana dalam menangani isu kesihatan mental.
Bengkel ini merupakan anjuran Unit Penyelidikan Dakwah YADIM dengan kerjasama NCEMH, JAKIM dan agensi lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang diharapkan mampu memberi impak yang efektif bagi menjaga kesejahteraan mental masyarakat sejagat.
Antara pegawai terlibat yang turut hadir adalah Ketua Unit Penyelidikan Dakwah YADIM, Dr. Masitah Esa, Cik Siti Afiza Iman, Cik Husna Saifulzaman, Encik Aniq Muqri Mohammad dan Cik Azni Mohd Zainudin.
Bengkel ini akan terus berjalan dari masa ke semasa bagi melengkapkan kandungan yang dibincangkan oleh para panel pakar untuk menghasilkan modul yang komprehensif dan bermutu tinggi.
Bengkel Modul SMILED
YADIM Research Management Centre (YRMC) terus melangkah melestari gerakan dakwah.
Pusat di bawah Kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan dan Sosio-budaya yang diketuai oleh Prof Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Universiti Malaya itu, telah mengadakan bengkel pembangunan Modul Solusi Kesihatan Mental Daripada Perspektif Dakwah (SMILED) bagi Fasa 2: Bengkel Training Of Trainers dan Fasa 3 ke lapangan masyarakat pada 2 Disember di Putrajaya.
Bengkel ini dipimpin oleh Pengerusi YRMC, Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dijemput bagi memulakan ucaptama untuk pembukaan Bengkel Modul SMILED ini.
Beliau menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan para pakar yang terlibat dalam membangunkan modul yang akan menjadi rujukan masyarakat untuk menjalani latihan bagi mengasah kemahiran menangani isu kesihatan mental dari perspektif dakwah.
Hadir sama dalam kumpulan ini iaitu Prof. Dr. Khadijah Mohd Khambali@Hambali (Pengarah Pusat Dialog dan Peradaban Universiti Malaya), Prof. Dr. Sajaratulnisah Othman (Pakar Perubatan Universiti Malaya), Prof. Madya Dr. A’dawiyah Ismail (Universiti Kebangsaan Malaysia), Dr. Zurina Abdul Hamid Timbalan Setiausaha (Perkhidmatan), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Dr. Norli Abdul Jabbar, Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Saramah Mohd Isa Pakar Psikiatri Forensik, Hospital Bahagia Ulu Kinta Perak, dan Ustazah Suhaizam Sulaiman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Turut hadir Dr Masitah Esa, Ketua Unit Penyelidikan Dakwah (UPD), barisan pegawainya Cik Siti Afiza Iman, Ustazah Cik Husna Saifulzaman dan Encik Aniq Muqri Mohammad.
Objektif bengkel kali ini ialah untuk mengemaskini maklum balas kandungan modul yang berkualiti, mengumpulkan para pakar bidang bagi meneliti dan membangunkan modul serta membuat penyelarasan akhir Modul SMILED sebelum digunakan oleh peserta.
Modul SMILED ini mengandungi empat unit utama iaitu kesihatan mental, psiko-spritual Islam, solusi dakwah dan penilaian.
Bengkel ini merupakan sambungan fasa ke dua setelah selesai fasa pertama iaitu Simposium SMILED di UTM, Kuala Lumpur pada 15 Oktober lalu.
Semoga kerjasama antara pihak YADIM dan para pakar bidang daripada pelbagai agensi ini mampu menatijahkan keberhasilan modul yang komprehensif dan bermutu tinggi dan agar usaha dakwah ini terus berjaya melahirkan masayrakat yang sejahtera dari sudut pembangunan mental dan fizikal.
Bengkel Modul SMILED
YADIM Research Management Centre (YRMC) melalui Kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Penyediaan Modul Bagi Kegunaan Fasa ke-2 iaitu Bengkel Training of Trainers (TOT) dan Fasa ke-3 Lapangan Masyarakat; Solusi Kesihatan Mental Daripada Perspektif Dakwah (SMILED) 2024 pada 20 Ogos di Bilik Latihan YADIM.
Bengkel ini dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj. Objektif garis panduan modul ini adalah untuk menghasilkan modul panduan bagi melatih para pendakwah yang akan membantu masyarakat membendung isu kesihatan mental.
Turut hadir ialah pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) Dr. Norli Abdul Jabbar (Ketua Penolong Pengarah Kanan) dan Dr. Zarina Mohamad Esman (Ketua Penolong Pengarah Kanan), Prof. Madya Dr. Ratna Roshida Ab. Razak, Pensyarah (Pengajian Ketamadunan dan Psikologi Kemanusiaan) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Suhaizam Sulaiman.
Perbincangan meliputi tiga objektif keseluruhan SMILED iaitu kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, meningkatkan kefahaman tentang solusi penyakit mental dari perspektif Islam dan menyebarluas kefahaman serta solusi yang ada agar dapat diaplikasikan oleh masyarakat umum diluar sana dalam menangani isu kesihatan mental.
Bengkel ini merupakan anjuran Unit Penyelidikan Dakwah YADIM dengan kerjasama NCEMH, JAKIM dan agensi lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang diharapkan mampu memberi impak yang efektif bagi menjaga kesejahteraan mental masyarakat sejagat.
Antara pegawai terlibat yang turut hadir adalah Ketua Unit Penyelidikan Dakwah YADIM, Dr. Masitah Esa, Cik Siti Afiza Iman, Cik Husna Saifulzaman, Encik Aniq Muqri Mohammad dan Cik Azni Mohd Zainudin.
Bengkel ini akan terus berjalan dari masa ke semasa bagi melengkapkan kandungan yang dibincangkan oleh para panel pakar untuk menghasilkan modul yang komprehensif dan bermutu tinggi.
Bengkel Modul SMILED
YADIM Research Management Centre (YRMC) melalui Kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Penyediaan Modul Bagi Kegunaan Fasa ke-2 iaitu Bengkel Training of Trainers (TOT) dan Fasa ke-3 Lapangan Masyarakat; Solusi Kesihatan Mental Daripada Perspektif Dakwah (SMILED) 2024 pada 20 Ogos di Bilik Latihan YADIM.
Bengkel ini dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj. Objektif garis panduan modul ini adalah untuk menghasilkan modul panduan bagi melatih para pendakwah yang akan membantu masyarakat membendung isu kesihatan mental.
Turut hadir ialah pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) Dr. Norli Abdul Jabbar (Ketua Penolong Pengarah Kanan) dan Dr. Zarina Mohamad Esman (Ketua Penolong Pengarah Kanan), Prof. Madya Dr. Ratna Roshida Ab. Razak, Pensyarah (Pengajian Ketamadunan dan Psikologi Kemanusiaan) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Suhaizam Sulaiman.
Perbincangan meliputi tiga objektif keseluruhan SMILED iaitu kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, meningkatkan kefahaman tentang solusi penyakit mental dari perspektif Islam dan menyebarluas kefahaman serta solusi yang ada agar dapat diaplikasikan oleh masyarakat umum diluar sana dalam menangani isu kesihatan mental.
Bengkel ini merupakan anjuran Unit Penyelidikan Dakwah YADIM dengan kerjasama NCEMH, JAKIM dan agensi lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang diharapkan mampu memberi impak yang efektif bagi menjaga kesejahteraan mental masyarakat sejagat.
Antara pegawai terlibat yang turut hadir adalah Ketua Unit Penyelidikan Dakwah YADIM, Dr. Masitah Esa, Cik Siti Afiza Iman, Cik Husna Saifulzaman, Encik Aniq Muqri Mohammad dan Cik Azni Mohd Zainudin.
Bengkel ini akan terus berjalan dari masa ke semasa bagi melengkapkan kandungan yang dibincangkan oleh para panel pakar untuk menghasilkan modul yang komprehensif dan bermutu tinggi.
Galeri
Koleksi eBook
Pelawat
🇲🇾391
🇺🇸34
🇨🇳5
🇸🇬5
🇻🇳4
🇯🇵3
🇰🇷3
🇭🇰2
🇩🇪2
🇮🇩1
🇦🇹1
🇱🇺1
Kategori eBuku
Perkhidmatan
Penyelidikan di bawah YADIM Research Management Centre (YRMC)
Bengkel Penulisan artikel Jurnal
Majlis Memorandom Persefahaman (MoU) YADIM dan IPTA / IPTS
Khidmat Kepakaran :
Panel Penyelidikan YADIM (PPY)
Penerbitan hasil penyelidikan
Antaranya:
- Modul
- Manual Laporan
- Artikel
- Lembaran Fakta (Fact Sheet)
- Dan lain-lain
Kerjasama Strategik










