Utama / Logo
CADANGAN RASIONAL REKAAN LOGO :
YADIM RESEARCH MANAGEMENT CENTRE (YRMC)
a. Kaabah – Kiblat
Kaabah (di bahagian tengah logo) merupakan kiblat orang Islam yang memberi gambaran bahawa ia menjadi tumpuan dan fokus utama YRMC dalam berdakwah. Simbol Kaabah juga terdapat pada logo utama YADIM
b. Kanta Pembesar
Kanta pembesar membawa maksud mengkaji dengan lebih dekat (atau research) yang mewakili entiti YRMC.
Kanta pembesar diulang (re-search) secara lingkaran membawa erti penyelidikan yang mendalam dan dari sudut yang pelbagai tetapi berpaksi kepada yang Satu.
Corak pengulangan juga merupakan konsep zikir.
c. Corak Geometrik (Oktagon)
Corak Geometrik (bentuk oktagon) ini sinonim dengan rekabentuk islam (arabes).
Secara dasarnya ia membawa konsep penyatuan yang menjadi wadah kepada YRMC dalam berdakwah dan menyampaikan ilmu.
Secara keseluruhannya, logo ini merupakan satu wadah penyatuan dalam berdakwah (menuju ke jalannya) melalui penyelidikan seterusnya mengembangkan ilmu.