Pilih Bahasa :

Pilih Bahasa :

YADIM Research Management Centre (YRMC) melalui Kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan dan Penyediaan Modul Bagi Kegunaan Fasa ke-2 iaitu Bengkel Training of Trainers (TOT) dan Fasa ke-3 Lapangan Masyarakat; Solusi Kesihatan Mental Daripada Perspektif Dakwah (SMILED) 2024 pada 20 Ogos di Bilik Latihan YADIM. Bengkel ini dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj. Objektif garis panduan modul ini adalah untuk menghasilkan modul panduan bagi melatih para pendakwah yang akan membantu masyarakat membendung isu kesihatan mental. Turut hadir ialah pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) Dr. Norli Abdul Jabbar (Ketua Penolong Pengarah Kanan) dan Dr. Zarina Mohamad Esman (Ketua Penolong Pengarah Kanan), Prof. Madya Dr. Ratna Roshida Ab. Razak, Pensyarah (Pengajian Ketamadunan dan Psikologi Kemanusiaan) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Suhaizam Sulaiman. Perbincangan meliputi tiga objektif keseluruhan SMILED iaitu kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental, meningkatkan kefahaman tentang solusi penyakit mental dari perspektif Islam dan menyebarluas kefahaman serta solusi yang ada agar dapat diaplikasikan oleh masyarakat umum diluar sana dalam menangani isu kesihatan mental. Bengkel ini merupakan anjuran Unit Penyelidikan Dakwah YADIM dengan kerjasama NCEMH, JAKIM dan agensi lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang diharapkan mampu memberi impak yang efektif bagi menjaga kesejahteraan mental masyarakat sejagat. Antara pegawai terlibat yang turut hadir adalah Ketua Unit Penyelidikan Dakwah YADIM, Dr. Masitah Esa, Cik Siti Afiza Iman, Cik Husna Saifulzaman, Encik Aniq Muqri Mohammad dan Cik Azni Mohd Zainudin. Bengkel ini akan terus berjalan dari masa ke semasa bagi melengkapkan kandungan yang dibincangkan oleh para panel pakar untuk menghasilkan modul yang komprehensif dan bermutu tinggi.

Bacaan Berkaitan

Bengkel Modul SMILED

Turut hadir ialah pakar-pakar daripada pelbagai bidang seperti Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) Dr. Norli Abdul Jabbar (Ketua Penolong Pengarah Kanan) dan Dr. Zarina Mohamad Esman (Ketua Penolong Pengarah Kanan), Prof. Madya Dr. Ratna Roshida Ab. Razak, Pensyarah (Pengajian Ketamadunan dan Psikologi Kemanusiaan) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Suhaizam Sulaiman.

Bengkel Modul SMILED

YADIM Research Management Centre (YRMC) terus melangkah melestari gerakan dakwah.
Pusat di bawah Kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan dan Sosio-budaya yang diketuai oleh Prof Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dari Universiti Malaya itu, telah mengadakan bengkel pembangunan Modul Solusi Kesihatan Mental Daripada Perspektif Dakwah (SMILED) bagi Fasa 2: Bengkel Training Of Trainers dan Fasa 3 ke lapangan masyarakat pada 2 Disember di Putrajaya.

Isi informasi anda