Pada 17 Januari, YADIM Research Management Centre (YRMC) melalui Kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan dan Sosiobudaya telah mengadakan satu mesyuarat dan sekaligus bengkel perbincangan semakan manuskrip Modul Solusi Kesihatan Mental Daripada Perspektif Dakwah (SMILED). Pembangunan modul ini adalah hasil kerjasama dengan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Modul SMILED ini akan digunakan bagi Fasa 2: Bengkel TOT dan fasa 3: lapangan masyarakat Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM merangkap Pengerusi YRMC, Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, hadir sama dalam bengkel tersebut. Modul ini diperkemaskan dan diteliti oleh pakar-pakar bidang yang hadir bagi melengkapkan satu panduan lengkap untuk memudahkan rujukan masyarakat dalam mencari solusi menangani isu kesihatan mental. Modul ini di bawah Kumpulan Pakar yang diketuai oleh Prof. Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail. Ahli kumpulan yang hadir sama antaranya Prof Dr Sajaratulnisah Othman, Dr. Fatin Nabilah Shahrom, Ustazah Suhaizam Sulaiman, Dr. Zurina Abdul Hamid, Prof.Madya Dr Adawiyah Ismail, Prof. Madya Dr. Rosmawati Mohamad Rasit serta Tengku Teh Mariah Tengkus Jewa. Hadir sama juga pegawai dari YADIM Dr Masitah Esa, Ustaz aniq Muqri Mohammad dan Cik Azni Mohd Zainudin Modul SMILED ini merupakan salah satu inisiatif inovatif yang menggabungkan elemen dakwah Islamiah dengan panduan kesihatan mental yang praktikal. Ia bertujuan untuk membantu masyarakat memahami isu kesihatan mental dari sudut keagamaan dan menyediakan penyelesaian yang holistik. Pendekatan ini dilihat sebagai cara untuk mendekati golongan yang memerlukan sokongan mental sambil memupuk nilai spiritual yang kukuh. Melalui modul ini, para pendakwah dan pihak berkepentingan akan dilengkapi dengan strategi dan teknik kaunseling yang berasaskan nilai Islam. Ini termasuk aspek komunikasi, empati, serta pendekatan khusus dalam menangani stigma berkaitan kesihatan mental. YADIM berharap agar panduan ini dapat dijadikan rujukan utama oleh semua pihak dalam usaha meningkatkan kesejahteraan mental masyarakat