YRMC telah mengorak langkah secara pro-aktif dengan menjalankan penyelidikan yang berimpak tinggi dan menerbitkan bahan-bahan hasil penyelidikan yang berkualiti berorentasikan dakwah Islamiah dan Islahiah. Setiap hasil kajian yang telah dijalankan akan dizahirkan dalam bentuk “Action Research” dengan melaksanakan program dan produk dakwah agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat global. Selain itu, peranan jawatankuasa ini juga mengumpulkan manuskrip hasil kupasan dan sumbang saran para panel dalam program-program yang dijalankan dalam persidangan seperti Seminar, Simposium, Konvensyen dan sebagainya untuk menghasilkan manuskrip dan menerbitkan buku. Penerbitannya dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Buku tersebut akan dimuat naik di Laman Sesawang YADIM Research Management Centre (YRMC) agar menjadi rujukan masyarakat dalam negara dan antarabangsa. Visinya menjadikan YADIM sebagai Pusat Rujukan Dakwah Global