Pilih Bahasa :

Pilih Bahasa :

Kronologi

Pada tahun 2021-2022 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengorak langkah pro-aktif telah menjalankan penyelidikan di bawah kumpulan Pakar Institusi Kekeluargaan dan Sosiobudaya, YADIM Research Management Centre (YRMC) yang diketuai oleh Prof. Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kajian berkaitan :“Menangani Kesihatan Mental Wanita melalui Pendekatan Dakwah dalam Mengurus Keluarga dan Kerjaya semasa Menghadapi Pandemik dan Endemik COVID-19 di Malaysia” .

Pada ketika itu, penyakit berjangkit semasa Pandemik dan Endemik Covid-19 telah memberikan impak kepada seluruh masyarakat dunia sama ada dari aspek ekonomi, kesihatan, pendidikan, hubungan sosial dan sebagainya.

8 orang Pakar telah menjalankan penyelidikan tersebut yang terdiri daripada pelbagai bidang kepakaran

Hasil Kajian

Hasil kajian ini, YADIM telah menerbitkan sebuah buku pada tahun 2024 atas tajuk “Garis Panduan Dakwah Menangani Kesihatan Mental Wanita Pengurusan Keluarga dan Kerjaya”.

Hasil kajian ini terdapat empat teras utama yang dikenal pasti, iaitu keimanan dan efikasi kendiri, sebagai asas kepada penyelesaian yang dicadangkan.

5 nilai utama akhlak bagi diri dan masyarakat apabila berdepan ujian atau krisis ini iaitu:

Grand Design

Pada tahun 2024 juga, YADIM Research Management Centre (YRMC) telah mengorak langkah bagi menyebarluas hasil kajian tersebut dalam bentuk “action research” di peringkat Komuniti/Agensi/Institusi Pengajian Tinggi/Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang mempunyai 4 fasa :

Impak Program SMILED

Penyakit mental dalam kalangan masyarakat perlu ditangani dengan segera dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan agar dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat dengan menggalakkan gaya hidup yang sihat


Adalah penting untuk mengutamakan kesihatan mental dengan mengintegrasikan pendekatan dakwah yang berpaksikan nilai-nilai Islam bersumberkan al-Quran dan hadis, melalui elemen psiko-spiritual, kaunseling, psikoterapi Islam, serta sains perubatan bagi memastikan keberkesanan dalam membimbing masyarakat ke arah pemulihan dan kesejahteraan mental.


Penutup

Teras dakwah berperanan besar dalam pemulihan dalam penjagaan kesihatan mental. Dakwah tidak hanya melibatkan seruan kepada ajaran yang sahih dan amalan ibadah semata, tetapi juga mengajak ummah untuk menjaga dan memelihara keseimbangan hidup dari aspek rohani, spiritual dan fizikal. Melalui dakwah yang bijaksana dan penuh hikmah, masyarakat dapat diingatkan mengenai tujuan hidup sebenar dan kaedah untuk mengatasi tekanan hidup dengan berpandukan wahyu Ilahi.

Islam menekankan peri pentingnya teras akidah yang kukuh sebagai asas utama dalam kehidupan setiap individu. Nilai ilmu akidah yang dipasak dalam bentuk keimanan ini merupakan teras utama yang memangkinkan pengislahan diri individu dalam keseluruhan aspek kehidupan.

Justeru, dengan keyakinan yang mendalam terhadap Allah SWT, setiap insan dapat berdepan dan menghadapi tujahan dan cabaran hidup termasuk yang berkaitan dengan kesihatan mental, dengan penuh ketenangan, kecekalan dan kekuatan minda.

Isi informasi anda