Home / International Convention on Sustainable Movement and Da’wah Development
Sinopsis K-DAMAI
Pada era globalisasi kini, pendedahan masyarakat terhadap kemajuan teknologi yang pesat dengan kepantasan internet tanpa had adalah salah satu medan yang penting dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan dakwah Islamiah dan islahiah.
Dakwah menjadi keperluan penting untuk masyarakat agar tetap mengikuti perkembangan tentang dunia Islam. Peningkatan penggunaan teknologi dan komunikasi seperti Internet telah membuka peluang baru untuk berdakwah. Pendekatan ini dilihat sebagai wadah penting untuk berkomunikasi antara pendakwah dan masyarakat serta memudahkan pendakwah untuk menyampaikan mesej dan nasihat agama khususnya kepada anak muda. Selain itu, penggunaan media sosial boleh mengakses pelbagai input yang berguna.
Di Malaysia, digitalisasi memainkan peranan penting sebagai agen transformasi dakwah dan telah digunakan sebagai bahan rujukan masyarakat dan pembelajaran dalam pelbagai bidang antaranya agama dengan keupayaannya menyediakan pelbagai maklumat mengenai Islam. Namun begitu, terdapat kegusaran dan cabaran mengenai fenomena dakwah melalui media ini.
Platform ini masih dilihat sebagai satu cabaran untuk menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat kerana penggunaan Internet tidak dapat menyekat unsur-unsur negatif daripada penggunanya dengan begitu banyak. Sebagai seorang pendakwah yang ingin menyebarkan risalah agama dan jalan kebenaran kepada masyarakat, semestinya daie perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengajian Islam. Sekiranya dahulu dakwah melalui media tradisional, media cetak dan media elektronik lebih kepada pendekatan secara sehala di mana pendakwah tidak perlu untuk berinteraksi dengan sasaran dakwah.
Kini, melalui media maya komunikasi di antara daie dan masyarakat adalah secara interaktif. Apa yang disampaikan oleh seseorang pendakwah melalui laman sosial boleh diakses atau dipersoalkan oleh masyarakat dengan menulis di ruangan komen atau ‘post’. Maka setiap pendakwah haruslah mempersiapkan diri berbekalkan sumber al-Quran dan hadis untuk memberi respon yang sahih dan benar kepada komen-komen yang dilontarkan oleh masyarakat. Kesilapan dalam memberi respon mungkin akan mengurangkan keyakinan masyarakat terhadap kebijaksanaan pendakwah.
Selain dari itu, para pendakwah juga perlu melengkapkan diri dengan jawapan-jawapan yang menepati syariat Islam bagi isu-isu semasa yang sedang melanda masyarakat. Setidaknya, pendakwah perlu menganggap bahawa pada bila-bila masa persoalan isu semasa mungkin akan diajukan oleh masyarakat sekeliling.
Tuntasnya, berdakwah dalam persekitaran yang berteknologi maju memerlukan penguasaan kepelbagaian ilmu berlandaskan Islam, kemanusiaan, sains dan teknologi. Kewujudan media kontemporari memberikan banyak kemudahan dan pilihan kepada pendakwah dalam menyebarkan Islam namun dalam masa yang sama ia mewujudkan bermacam-macam masalah dalam kalangan masyarakat.
Perkongsian maklumat tanpa batasan melalui media sosial menjadikan kemasukan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti pluralisme dan ajaran sesat semakin mudah. Ia adalah satu ancaman yang besar kepada masyarakat Islam khususnya kepada golongan remaja dan mereka yang lemah ilmu agama. Hal ini kerana golongan muda lebih suka menggunakan laman sosial untuk mengakses serta berhubung dengan rakan-rakan mereka. Dengan adanya digitalisasi ini para pendakwah atau organisasi perlulah lebih kreatif dan memikirkan apakah cara yang efisien untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Tanggungjawab sebagai seorang pendakwah perlu digalas di bahu mereka agar setiap masyarakat dapat mempelajari ilmu agama menggunakan aplikasi-aplikasi yang serba moden ini.
Hal ini adalah bertepatan dengan usaha kerajaan pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia yang menerapkan konsep Malaysia Madani agar masyarakat yang berdaya cipta perlu dibudayakan dengan merangsang kreativiti dan menggalakkan penghasilan sistem dan produk yang lebih maju. Mereka bukan sahaja sebagai pengguna semata-mata tetapi meyumbang revolusi digitalisasi dan teknologi terkini bagi mewujudkan proses perubahan secara berterusan untuk memperkasa kreativiti rakyat.
Oleh yang demikian, pada tahun 2025 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM akan menganjurkan akan menganjurkan konvensyen ini bagi membincangkan dan merungkai secara tuntas “Transformasi & Strategi Dakwah Di Era Pendigitalan” yang merupakan uslub dakwah perlu yang disesuaikan dengan era masa kin
Objektif
- Mengumpulkan dan meningkatkan artikel di Bank Jurnal YADIM.
- Berkongs hasil penyelidikan pelbagai jenis displin ilmu yang merangkumi aspek dakwah di era digitalisasi bagi memperjuangkan kepentingan umat islam untuk mempertingkatkan keberkesanan dakwah.
- Oleh yang demikian, pada tahun 2025 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melalui Jawatankuasa Sidang Editorial Jurnal YADIM akan menganjurkan akan menganjurkan konvensyen ini bagi membincangkan dan merungkai secara tuntas “Transformasi & Strategi Dakwah Di Era Pendigitalan” yang merupakan uslub dakwah perlu yang disesuaikan dengan era masa kini.
- Menerbitkan hasil pembentangan yang meliputi dimensi digitalisasi pembangunan dan gerakan dakwah global melalui Jurnal dan bukuMemacu digitalisasi secara progresif dengan mendorong masyarakat untuk mengamalkan adab dan budi pekerti berpandukan konsep Malaysia Madani yang merangkumi kemampanan, kesejahteraan, berdaya cipta, saling menghormati, keyakinan dan ihsan yang holistik dan menyeluruh.
Kegiatan Utama
Sasaran Peserta