Buku ini hasil daripada kupasan dan sumbang saran para Panel dalam “Simposium Solusi Kesihatan Mental Dari Perspekif Dakwah” (SMILED) yang telah diadakan di Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2024.
Beberapa inisiatif dan pendekatan tentang solusi kesihatan mental dari perspektif dakwah yang mempunyai kepentingan dalam Maqasid Syariah bagi diimplementasi dalam kehidupan harian kita terkandung dalam buku ini. Semoga kandungan dalam buku ini memberi manfaat dalam usaha menjaga akal agar dapat dipelihara dengan sebaiknya.